Header Ads

Toyota bakal perkenal Prius C kompak hibrid jimat petrol

WarkahDaily – Selepas pelancaran hibrid Prius tahun lepas, kini syarikat gergasi pengeluar kereta dari Jepun, Toyota Motor bakal mempamerkan model baru kereta hibridnya yang menawarkan penjimatan minyak di karnival Tokyo Motor Show pada akhir bulan ini hingga awal Disember.

Model terbaru itu akan dipasang dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dengan kuasa motor elektrik yang berkuasa tinggi.

Kereta kompak hibrid yang direka dengan lima tempat duduk itu dikenali dengan nama Aqua untuk pasaran Jepun dan Prius C untuk pasaran luar Jepun. Menurut Toyota Motor, hibrid terbarunya itu bakal dilancarkan pada Disember ini di Jepun sebelum ianya dilancarkan seluruh dunia.

Kereta itu berkeupayaan pemanduan sejauh lebih kurang 35 kilometer untuk setiap liter petrol berbanding keupayaan model sebelum ini, Prius yang mampu bergerak sejauh 32.6 kilometer. Ini menjadikan Aqua atau Prius C adalah kereta paling jimat penggunaan bahan api di dunia.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Dikuasakan oleh Blogger.