Header Ads

44 terbunuh, 166 cedera dalam letupan di Damsyik


USUNG...Mangsa sedang diusung dari tempat serangan berani mati di luar pangkalan perkhidmatan keselamatan di Damsyik. | foto AFP

DAMASCUS, (WarkahDaily): 44 orang terbunuh dalam letupan di dua pangkalan perkhidmatan keselamatan di Damsyik kelmarin yang didakwa dilakukan oleh pengebom berani mati Al-Qaeda namun ia disangkal kumpulan pembangkang negara itu dan berkata, ia adalah kerja-kerja rejim (pasukan keselamatan Syria) itu sendiri.

Serangan terhadap pihak keselamatan itu merupakan yang pertama semenjak semenjak pemberontakan menentang Presiden Bashar al-Assad bermula pada bulan Mac.

“Empat puluh empat orang termasuk orang awam dan pasukan keselamatan telah terbunuh dan 166 yang lain cedera dalam dua operasi pengganas,” kata Kementerian Dalam Negeri.

Selain nyawa, turut dilaporkan kerosakan harta benda akibat ‘tangan Al-Qaeda’ di sebalik serangan berkenaan, lapor sebuah stesen televisyen Syria.

Kata saksi, seorang pengebom berani mati cuba membawa sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan ke bahagian Ketua Keselamatan di pangkalan perkhidmatan keselamatan berkenaan, berhampiran Kfar Suseh Damsyik.
Dikuasakan oleh Blogger.