Header Ads

Al-Ikhsan raih anugerah syarikat paling menonjol

AL-IKHSAN Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) telah meraih anugerah Asean Outstanding Business Award in Sports Retail Sector daripada Asean Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF) yang mengiktiraf syarikat milik Bumiputera itu paling menonjol dalam segmen perniagaan sukan bukan saja di Malaysia, malah di peringkat Asia.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Suhairi Hassan, Al-Ikhsan kini mempunyai 97 cawangan di Semenanjung dan tiga lagi cawangan bakal dibuka sehingga akhir tahun ini.

“Purata setiap bulan syarikat membuka satu cawangan bagi memperluaskan operasi di seluruh negara dan menawarkan pelbagai promosi,” katanya.

Syarikat yang terlibat dalam segmen perniagaan barangan sukan itu meletakkan sasaran membuka sehingga 200 cawangan di seluruh negara bersandarkan kemampuannya menawarkan barangan sukan dengan harga berpatutan menjelang 2015.
Dikuasakan oleh Blogger.