Header Ads

Apabila si jahil mengajak Puteri, Pemuda dan Wanita Umno berjihad

WarkahDaily – Satu yang melucukan buat penganut umat Melayu di bumi Melayu ini apabila seorang pemimpin parti yang menyangka mereka adalah pebela umat Melayu telah pun mencabar para pentaksub dari kalangan puteri, wanita dan pemudanya agar bermujahadah mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Walaupun pernah anti Islam, memuja penjajah, meminggirkan hukum Islam tapi tak segan-segan menggunakan istilah jihad yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan Islam tapi diselit untuk kepentingan perjuangan perkauman sempit mereka.

Siapa tak kenal parti perkauman sempit Umno yang anti dengan Islam yang senantiasa memuja bangsa lebih dari agama sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja demi mengekalkan kuasa pemerintahan mereka walaupun dengan apa cara sekali pun dalam pilihanraya.

Dengan rasa sombong dan bongkak, mereka menyangka parti mereka tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu walaupun sudah lapuk ditelan zaman.

Padahal mereka belum sedar yang kehadiran mereka sudah tidak relevan lagi di alaf baru ini dengan pemikiran perkauman sempit yang perasan hebat dan tanpa mereka sedari, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Padahal PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul berbanding Umno yang tak sudah-sudah mengajak berjuang atas nama bangsa tapi meninggalkan agama.

Bagi mereka, seolah-olah manusia ini hidup atas nama bangsa dan bukannya agama yang sepatutnya diperjuangkan seperti mana yang dilakukan Rasulullah SAW ketika mendirikan kerajaan Islam pertama di Madinah.

Dipetik dari Harakahdaily, Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,Mohd Sany Hamzan menegaskan PAS akan menggantikan Umno untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa ‘belasahan’ Umno.

Jadi, tambahnya Umno sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati,” katanya lagi.

Menurutnya, Umno sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi sebaliknya bersifat munafik semata-mata.

Mohd Sany berkata, sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum syariat Allah Taala di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa.

Beliau menambah, Jabatan Pilihanraya DPPM turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang.

Katanya lagi, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat Umno kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang perhimpunan Agung Umno ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya.

Oleh itu, ujarnya, pihaknya meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti Umno dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat.

Selain itu, kata beliau, pihaknya mengarahkan jentera pemuda di semua peringkat untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno yang bersifat menghasut dan menimbulkan kebencian orang Melayu untuk terhadap orang-orang bukan Melayu dan orang-orang yang bukan beragama Islam.
Dikuasakan oleh Blogger.