Header Ads

Astaghfirullah al-Azim! ‘Ulamak’ Umno bantu Chua Soi Lek hina Islam


HINA ISLAM...Ulamak Umno bantu MCA cari helah untuk perkecilkan Hukum Islam.

WarkahDaily – Apa nak dikatakan lagi. Orang yang tahu pasal agama tapi menjualnya dengan harga yang murah semata-mata mahu mendapatkan habuan dunia yang sementara.

Sungguh menyedihkan, bagaimana seorang yang reti pasal agama, bahkan lebih tahu dari orang awam tetapi memilih untuk membantu musuh Islam (kafir) untuk menghina Islam.

Inilah budaya hidup bila bergelumang dengan Umno-BN, tidak kira reti agama atau tidak, yang utama adalah memilih habuan berbanding ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Tidak keberatan sekiranya kita gelarkan mereka sebagai pengkhianat agama.

Baru-baru ini, satu forum telah diadakan di ibu pejabat parti MCA di Kuala Lumpur yang berjudul ‘Hudud dan implikasinya’. Ia bertujuan mencari helah untuk menolak beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 konon ianya tidak mengikut Al-Quran dan Hadis.

Ahli panel terdiri dari Presiden JUST Dr Chandra Muzaffar, Pengerusi Ulama Muda Umno Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Penasihat Agama MB Terengganu Ustaz Mohd Kamal Saidin. Turut hadir ialah Presiden MCA Chua Soi Lek, Naib Presiden Liow Tiong Lai dan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.

Dipetik dari Tranungkite.net, forum berkenaan merumuskan konon PAS sengaja menggubal undang-undang itu (Enakmen Hudud Kelantan 1993) demi kepentingan politik.

Mereka mendakwa konon ia bertentangan dengan Islam kerana beberapa sebab:

1. Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.

2. Meliwat ke atas isteri juga tidak dimasukkan (dalam Enakmen Hudud Kelantan 1993) dan dibenarkan. Dalam Islam, ini sepatutnya haram.

3. Hukum Hudud PAS hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Contoh; mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.

4. Islam agama adil dan Allah bersifat Pengampunan maka hukuman potong tangan kepada pencuri bukan penyelesaian hukuman.

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin yang tidak bertanggungjawab dan mengelirukan (umat Islam) diminta kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.
Dikuasakan oleh Blogger.