Header Ads

Bandar Kajang ditenggelami banjir

KAJANG: Hampir sebahagian besar pusat bandar ini telah ditenggelami air akibat hujan lebat petang semalam sehingga memaksa pihak berkuasa menyelamatkan sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas.


BANDAR Kajang ditenggelami banjir kilat selepas hujan lebat pada petang Jumaat. Kelihatan beberapa pemandu teksi terpaksa menolak teksi mereka yang dimasuki air. | foto NANYANG
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti bermula jam 4 petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata, di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai ke kawasan terbabit dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya.

Sumber: mStar.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.