Header Ads

Banjir: Pusat pemindahan Rompin ditambah, mangsa di Sandakan meningkat

WarkahDaily – Sejak semalam, sebuah lagi pusat pemindahan di Rompin, Pahang telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Pianggu, lapor Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

231 mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan semenjak petang semalam. Dilaporkan 11 kampung seluruh daerah itu mengalami banjir dan 618 orang penduduk telah pun dipindahkan.

Di Sandakan, Sabah pula dilaporkan mangsa banjir telah meningkat 341 orang semalam berbanding 112 orang kelmarin.

Menurut Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan, kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Gum-Gum di Batu 16 yang terdiri dari 99 buah keluarga.
Dikuasakan oleh Blogger.