Header Ads

Bekas Hakim Datuk Ariffin Jaka meninggal dunia

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka yang menjatuhkan hukuman sembilan tahun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi semalam.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin (gambar), 78, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Allahyarham meninggalkan balu Datin Maznah, dua anak lelaki dan seorang nak perempuan.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor semalam.

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.