Header Ads

David Silva pastikan City kembali di depan


Pemain tengah Manchester City, David Silva (kiri) menjaringkan gol tunggal City menewaskan Arsenal 1-0 dalam EPL pada Ahad.

Jaringan Wayne Rooney pada minit pertama membuka jalan kepada Manchester United untuk meraih kemenangan selesa 2-0 keatas pasukan tuan rumah Queens Park Rangers dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Loftus Road.

QPR yang gagal dalam pemburuan golnya dihukum dengan jaringan kedua united menerusi Michael Carrick pada minit ke-56, sekaligus turut memberi tekanan kepada Manchester City apabila United menduduki tangga teratas liga buat seketika.

Bagaimanapun City merampas kembali selaku pendahulu dengan perbezaan dua mata mengatasi United selepas skuad itu turut mencipta kemenangan dengan menewaskan Arsenal 1-0 di Etihad Stadium, hasil jaring tunggal David Silva pada minit ke 53 permainan.

Dalam saingan lain, turut menyaksikan pasukan pelawat Liverpool membenam Aston Villa 2-0. Gol Liverpool dijaringkan oleh Bellamy pada minit ke-11 sebelum Skrtel pula menambah jaringan empat minit kemudian.

Tottenham pula meraih kemenangan tipis 1-0 ketika menentang Sunderland, hasil jaringan Pavlyuchenko pada minit ke-61.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.