Header Ads

EPL: Robert Huth bantu Stoke City tewaskan Everton


Pemain Stoke City Robert Huth meraikan jaringan gol ketika pertemuan menentang Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, Liverpool. | foto AFP
Jaringan pertama Robert Huth pada musim ini memberi kemenangan kepada Stoke City untuk menewaskan Everton 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park yang berlangsung kelmarin.

Jaringan pada minit ke-15 itu juga sekaligus meletakkan Stoke ditangga ke lapan dalam liga dan memberikan kekalahan keempat Everton di laman sendiri.

Manakala dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Wolves berjaya menewaskan Sunderland 2-1. Dalam aksi itu, Wolves dilihat begitu berbisa selepas bangkit daripada ketinggalan 1-0 sebelum pemainnya Steven Fletcher muncul wira menjaringkan kedua-dua gol, masing-masing pada minit ke-73 dan 81.

Sementara Sunderland menaraih gol menerusi Kieran Richardson pada minit ke-52.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.