Header Ads

[Gambar] Keberangkatan balik Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah ke Terengganu

KUALA TERENGGANU (WarkahDaily) -- Keberangkatan balik Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini dengan pesawat khas kira-kira 2.02 minit petang kelmarin disambut meriah kira-kira 15,000 rakyat jelata dari pelbagai lapisan.

Keberangkatan balik baginda berdua itu bersempena tamatnya tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail yang juga sebagai Pemangku Sultan Terengganu turut menyambut keberangkatan baginda berdua di samping pembesar-pembesar yang lain.

Selepas pemeriksaan barisan kehormat anggota 18 Rejimen Askar Melayu Diraja, tembakan meriam 21 das telah dilepaskan.

Baginda berdua kemudian ke Istana Maziah untuk majlis santapan petang bersama jemputan sebelum berangkat ke Istana Nadirah, Batu Buruk.

Dijangka sambutan sempena keberangkatan balik Sultan Mizan dan Tuanku Nur Zahirah ini akan berlangsung tiga hari (Isnin, Rabu dan Jumaat).

Sultan Mizan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke -13 dan tempoh pemerintahan baginda telah pun tamat dan diganti dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 (berkuatkuasa 13 Disember) bagi tempoh lima tahun.

Manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah pun dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga bagi tempoh lima tahun.


Suasana sempena keberangkatan balik Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Dikuasakan oleh Blogger.