Header Ads

Henry mahu kembali menyarung jersi Arsenal

LONDON: Bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry dilaporkan sedang bekerja keras untuk kembali menyarung jersi skuad The Gunners.


Thierry Henry telah bersetuju untuk menyertai Arsenal pada perjanjian pinjaman dua bulan, manakala Arsene Wenger telah pun mengesahkannya. | foto Getty Images
Pemain legenda Arsenal itu mahu menandatangani kontrak secara pinjaman selama dua bulan di Emirates selepas kelabnya, New York Red Bulls berehat seketika sempena musim sejuk ini.

Ketika ini, penyerang Perancis itu sedang bekerja keras menjalani latihan bersama skuad Arsenal.

Tonggak pertahanan Arsenal, Per Mertesac- ker memberitahu: "Saya sangat gembira apabila berpeluang untuk menjalani latihan bersama Henry dan ia suatu kelebihan buat kami sekiranya dia kembali menyarung jersi Arse- nal.

"Kesungguhan yang dipamerkan Henry masih sama seperti mana ketika dia beraksi bersama kelab ini suatu ketika dahulu," katanya.

Sebelum ini, Henry mengambil keputusan untuk berhijrah ke Barcelona sebelum menyertai New York Red Bulls.

Begitupun pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Masih belum ada apa-apa cerita menarik untuk dikongsi bersama. Saya akan beritahu anda sekiranya saya mahu menandatangani pemain baharu.

"Saya sudah 15 tahun di England. Saya tidak pernah memberitahu nama mana-mana pemain yang kami hajati sebelum kontrak ditandatangani," kata Wenger. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.