Header Ads

Hoki Cabaran Juara-Juara: Skuad negara capai sasaran tempat kelima terbaik

WarkahDaily – Skuad hoki kebangsaan berjaya menundukkan Poland 3-0 dalam penentuan tempat kelima dan keenam sekaligus mencapai sasaran kelima terbaik dalam kejohanan hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan.


Pemain Belgium meraikan kemenangan merangkul kejuaraan kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 selepas menewaskan India 4-3 dalam perlawanan akhir di Johannesburg.
Tengku Ahmad Tajuddin menjadi wira negara apabila menyumbangkan dua gol untuk kemenangan bergaya ke atas Poland itu. Gol pertama negara hadir pada minit ke-18 melalui Tengku Ahmad Tajuddin sebelum Faizal Saari meletak skuad negara selesa di depan 2-0 dengan jaringan cantik pada minit ke-29.

Sekali lagi Tengku Ahmad Tajuddin menambahkan jaringan menjadi 3-0 pada minit ke-47.

Dalam kejohanan kali ini, Malaysia dilihat cuba memperbaiki kedudukan ranking dunia FIH untuk peluang cerah pusingan kelayakan Olimpik 2012 dan bakal mengharungi pusingan kelayakan di Dublin, Republik Ireland pada Mac depan.

Malaysia turut kekal bersaing dalam kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 pada 2013.

Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 musim 2011 turut menyaksikan Belgium ditabal selaku juara selepas menang ke atas India 4-3 pada perlawanan akhir. Manakala tuan rumah Afrika Selatan meraih tempat ketiga selepas mengatasi Argentina 3-1 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.
Dikuasakan oleh Blogger.