Header Ads

Hudud: Umno jadi musuh Islam jika berdiam diri dengan Soi Lek

WarkahDaily – Penulis WarkahDaily Online mencabar pemimpin Umno berikan pendirian mereka berkaitan Hudud yang terus dihina oleh pemimpin sekutu mereka dari MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin.

Jika pemimpin Umno termasuk yang berlagak alim, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak tahu malu meminta PAS nyatakan pendirian berkaitan penolakan DAP terhadap hukum Islam itu masih lagi berdiam diri terhadap penghinaan jahat Chua itu, jelas sekali menunjukkan Umno adalah sebuah parti hipokrit yang nyata dan mengambil kesempatan isu agama sebagai modal politik murahan mereka.

Dengan kata yang lain, Umno dan pemimpinnya turut bersetuju dengan kenyataan jahat Chua itu yang menyatakan pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Pandangan terbaru Presiden MCA itu dibuat selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di ibu negara kelmarin.

Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

“Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

“Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar,” kata Chua yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Bekas menteri kesihatan itu turut meramal, pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

“Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya,” kata Chua lagi.

Padahal Umno turut berwajah serupa dengan pemimpin MCA yang mempunyai skandal seks bersama perempuan simpanannya itu sebelum ini apabila pernah berkata “kini bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan Hudud” selepas PAS mahu agar diberi peluang untuk melaksanakannya di Kelantan sebagai percubaan.

Namun dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, ada pemimpin Umno yang berlagak alim konon mahu ‘berjihad’ untuk Melayu bagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR) dan menyerang habis-habisan komponen PR iaitu DAP konon parti itu adalah musuh Melayu dan Islam di negara ini walaupun pada hakikatnya, DAP lah yang memberi bantuan kepada Melayu termasuk sekolah agama di Pulau Pinang ketika Umno meminggirkan kaum itu sebelum PR-DAP menang pada PRU-12 yang lepas. Baca buktinya baca artikel berikut [ Gerakan kata DAP utamakan Melayu ] dan [ DAP 100 kali lebih bagus dari Umno ].

Padahal, musuh sebenar Melayu dan Islam di negara ini ialah rakan baik Umno sendiri iaitu MCA. Umno sengaja mencipta fitnah menyalahkan DAP yang cuba meminggirkan Melayu, tapi yang meletakkan Melayu terus dibuli ialah kerajaan BN yang memerintah Malaysia semenjak 50 tahun lebih. Melayu perlu buka mata luas-luas melihat pembohongan pemimpin Umno itu.

Jelas sekali, pemimpin Umno begitu senang berkawan dengan MCA yang sentiasa menghina Islam dan meminta agar hak Melayu dihapuskan.

Kata-kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, konon jika PR menguasai Putrajaya, Melayu akan ‘gerhana’ adalah fitnah jahat dan bertujuan politik murahan Umno mengekalkan kuasa dalam PRU-13 nanti.

Jika merasa Melayu terpinggir, padahal Malaysia belum pernah lagi diperintah oleh parti lain selain dari BN semenjak merdeka. Jadi macamana Najib mahu melakukan penilaian bodoh sebegitu jika PR memerintah nanti. Jelas sekali Najib cuba sekali lagi menghidupkan amalan kurafat konon Umno-BN sahaja mampu dan mahu rakyat mempercayai amalan buruk yang salah di sisi Islam itu.
Dikuasakan oleh Blogger.