Header Ads

Jepun berjaya lancar satelit pengintipnya ke orbit


Sebuah roket H-IIA yang membawa satelit pengintip baru Jepun berjaya dilancarkan dari Pusat Aeroangkasa Tanegashima di Kagoshima Wilayah pada Isnin.


TOKYO, (WarkahDaily) -- Jepun berjaya melancarkan satelit pengintipnya ke orbit pada pagi Isnin lepas di Pusat Aeroangkasa Tanegashima, wilayah Kagoshima dan dijangka akan melengkapkan rangkaian satelit pengumpulan risikannya dengan satu lagi pelancaran pada tahun depan bagi melengkapkan rancangan penubuhan sistem risikan satelit negara itu menjelang Mac 2013.

Menurut Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun, JAXA, satelit radar itu berjaya dipisahkan dari roket H-IIA dan melepasi orbit seperti yang dirancang. Menurut jurucakap JAXA lagi, pelancaran dari pulau yang jauh di selatan Tanegashima itu tiada apa-apa halangan dan satelit radar itu lengkap dan berfungsi dengan baik. Ia merupakan pelancaran kedua tahun ini selepas berjaya melakukannya yang pertama pada bulan September.

Jepun memutuskan untuk melancarkan satelit pengintip selepas Korea Utara melepaskan tembakan peluru berpandu balistik Taepodong-1 ke atas Jepun dan ke Pasifik pada tahun 1998, di samping sebagai pasangan satelit pengintip pertama yang dilancarkan pada tahun 2003 selepas didorong oleh kebimbangan terhadap program peluru berpandu Korea Utara.

Negara matahari terbit itu kini mempunyai empat optik pengumpulan maklumat satelit di orbit, walaupun ianya belum beroperasi sepenuhnya lagi.

Menurut Pusat Maklumat Satellite, kos pembangunan satelit terkini itu dilaporkan hampir ¥ 39.8 bilion (RM1.6 bilion), manakala pelancaran kos kira-kira ¥ 10.3 bilion (RM420 juta). Pelancaran, yang asalnya dijadualkan pada hari Ahad, telah ditangguhkan kerana ramalan cuaca buruk.

Walaubagaimana pun, pegawai-pegawai berkenaan enggan menjelaskan butir-butir keupayaan satelit berkenaan kepada umum.

Namun dipercayai satelit berkenaan mampu membezakan objek sekecil 1 meter lebar di permukaan bumi.

Optik satelit itu juga dilaporkan dapat mengambil gambar sesuatu objek di atas tanah pada waktu siang ketika cuaca baik, manakala satelit radar boleh menembusi kegelapan malam dan halangan awan-awan.

Satelit yang dilancarkan pada Isnin itu dijangka memulakan pengumpulan maklumat dalam beberapa bulan, jelas seorang pegawai pusat berkenaan kepada The Associated Press. Namun beliau tidak mahu dikenali kerana butir-butir program tersebut adalah dirahsiakan.

-- WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.