Header Ads

Justin Bieber tidak pernah mempercayai kewujudan Santa Claus

PERCAYA atau tidak, penyanyi popular dengan lagu, Never Say Never ini tidak pernah mempercayai kewujudan Santa Claus.

Menurut Justin Bieber, sewaktu kecil ibunya memberitahu Santa Claus tidak wujud.

“Bayangkan saya membesar dengan melihat Santa Claus berada di mana-mana ketika hadirnya sambutan Krismas. Tetapi ibu mengatakan tiada Santa Claus seperti yang saya lihat.

“Jadi, saya tidak pernah mempercayai kehadirannya lagi. Padahal setiap kali Krismas, kanak-kanak seronok mengatakan mereka mendapat pelbagai hadiah daripada Santa Claus.

“Ia benar-benar mengelirukan. Sekarang, apabila Krismas tiba saya hanya mahu semua orang terutama keluarga saya sihat dan gembira sahaja. Jujur saya katakan, tiada apa-apa untuk saya bagi sambutan tahun ini,” katanya.

WarkahDaily - Kita memang tidak mampu menipu diri kita sendiri kerana jauh di sudut hati kita ada kebenaran yang nyata.

Yang pasti, Allah itu benar dan kita wajib percaya Allah yang memberi rezeki kepada makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah bermaksud:
“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa kepadaNya?” - (Yunus: 31)

Firman Allah bermaksud:
“Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” - (Al-Ankabut:60)
Dikuasakan oleh Blogger.