Header Ads

Karzai desak NATO henti serangan malam sebelum setuju pakatan Afghanistan-AS


Presiden Afghanistan, Hamid Karzai

KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai berkata Afghanistan tidak akan menandatangani perjanjian pakatan strategik dengan Amerika Syarikat sehingga serangan malam dan pemeriksaan rumah oleh NATO dihentikan.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau pulang daripada mesyuarat dengan delegasi yang ditugaskan menyiasat kematian orang awam ketika serangan udara NATO dan serbuan malam hari baru-baru ini.

“Presiden (Karzai) menyatakan dokumen pakatan strategik tidak akan ditandatangani sehingga serbuan malam hari dan pemeriksaan rumah ke rumah dihentikan,” menurut satu kenyataan Pejabat Presiden.

Dokumen yang dirundingkan dengan Washington itu akan mentadbir hubungan antara tentera AS dan Afghanistan selepas penarikan keluar pada 2014. –AFP
Dikuasakan oleh Blogger.