Keputusan bicara Khir Toyo diketahui Jumaat ini

Terdahulu, pihak pembelaan berhujah bahawa tidak terdapat bukti yang Khir telah memberi layanan istimewa kepada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni. Peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, oleh yang demikian tidak terdapat campurtangan tidak sah oleh tertuduh terhadap sebarang projek ahli perniagaan Shamsuddin.
"Jika saksi pendakwaan kedua (Shamsuddin) mengharapkan sesuatu keistimewaan dalam bentuk layanan khas, itu tidak boleh dianggap paksaan dalam sebarang bentuk kerana ia didorong oleh perasaan tamak.
"Mesti wujud paksaan yang jelas...apakah ada secebis bukti untuk menunjukkan yang dituduh ada menyatakan sesuatu yang tidak wajar? Tidak ada langsung pada masa lalu, kini dan masa depan," katanya.
Sumber: Bernama.com
Post a Comment