Kritikan pedas: Noraseela kena surat tunjuk sebab

KOM dalam satu kenyataan kepada Bernama, semalam berkata surat bertarikh 12 Disember itu dikeluarkan berikutan keputusan mesyuarat majlis yang diadakan di Kangar, Perlis, dua hari sebelum itu.
Pemenang pingat emas acara 400m berpagar wanita itu diberikan 14 hari dari tarikh menerima surat untuk memberi jawapan.
Noraseela, 32, dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada media mengkritik pengurusan KOM yang disifatkan tidak menghargai jasa dan pengorbanan atlet. olahraga.
Pelari itu membuat kritikan itu selepas berjaya mempertahankan pingat emas 400 meter lari berpagar wanita pada temasya Sukan Sea di Indonesia.
Sumber: HMetro.com.my
Post a Comment