Header Ads

Lelaki maut selepas diserang tiga lelaki bertopeng ketika sedang minum di restoren

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supt Abdul Samad Salleh, berkata mangsa berusia 40-an itu diserang kira-kira 2 pagi ketika sedang minum berseorangan di restoran berkenaan.

“Menurut saksi, ketiga-ketiga lelaki terbabit memakai topeng. Ia berlaku dengan pantas dan mangsa yang juga rakyat tempatan mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditetak di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Samad berkata, polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.