Header Ads

LHDN kumpul data pemohon skim bantuan RM500

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.