Header Ads

Liga Juara-Juara: United, City tersingkir, Real Madrid menang bergaya

Naib juara Manchester United tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas dikecewakan oleh juara Switzerland Basel 2-1 dalam perlawanan kumpulan C yang berlangsung lewat pagi tadi.


Reaksi penyerang Manchester United Wayne Rooney (kiri) dan pemain tengah Nani (tengah) ketika perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan C antara Basel menentang Manchester United. | foto AFP
United yang hanya perlu seri dalam perlawanan itu, dilihat lambat bangkit apabila mencipta gol hanya pada minit ke-86 selepas ketinggalan 2-0. Kekecewaan di peringkat kumpulan tersebut sekaligus mengulangi kekalahan kepada Benfica 2-1 enam tahun lalu.

Basel meraih tempat di peringkat kalah mati, diikuti Benfica yang turut berjaya membenam Otelul Galati 1-0.

Sementara itu, turut mengiringi United adalah Manchester City. Dalam aksi pagi tadi, kemenangan City keatas Bayern 2-0 nyata tidak bermakna apabila skuad Roberto Mancini itu hanya berada di kedudukan ketiga kumpulan A.

Mereka yang mengharapkan Napoli tewas kepada villarreal dalam kumpulan A, namun sebaliknya berlaku. Napoli yang berjaya menundukkan villarreal 2-0 sekaligus mengekori Bayern Munich untuk mara.

Dalam pada itu, Real Madrid begitu gah dengan 18 mata selepas menewaskan Ajax Amsterdam 3-0, sementara Lyon yang turut berada di kumpulan D juga mara apabila mencipta kemenangan besar 7-1 keatas Dinamo Zagreb.

Manakala dalam kumpulan B, Inter Milan berjaya menewaskan CSKA Moscow, bagaimanapun kedua-dua berjaya layak. Sementara Trabzonspor terikat tanpa jaringan Lille masing-masing menduduki ketiga dan keempat.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.