Header Ads

Mahkamah sahkan akhbar Umno Utusan Malaysia pengamal fitnah dan perkauman

WarkahDaily – Walaupun ramai sudah tahu yang Umno dan akhbar rasminya, Utusan Malaysia merupakan kaki fitnah dan pengamal perkauman jahat bagi merosakkan perpaduan rakyat Malaysia demi mengekalkan survival politik kotornya.

Tapi kini semakin terserlah apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sendiri yang mengesahkan akhbar rasmi Umno itu adalah pengamal fitnah dan perkauman jahat.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000.

Dalam keputusannya, Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim, sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

“Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif,” kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider.

Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

Nampak jelas sekali taraf akhbar yang dikatakan ‘Pemangkin Fikiran Rakyat’ itu sekadar omong-omong kosong dan indah bunyi dari realiti sebenar.

Dengan makna mudah, Utusan Malaysia sudah diperbodohkan Umno untuk membodohkan rakyat dengan menjadikannya sebagai medan penyebar fitnah utama negara.
Dikuasakan oleh Blogger.