Header Ads

Mourinho bakal ganti Alex Ferguson di Manchester United?

WarkahDaily – Pengendali skuad gergasi Real Madrid, Jose Mourinho yang bakal menamatkan kontrak empat tahun dengan Real pada musim 2013-14 akan datang, dikhabarkan sebagai calon terbaik pengganti Alex Ferguson di Manchester United.

Ferguson kini masih mempunyai baki kontrak setahun lagi.

Bagi Mourinho, 48, beliau menyatakan dirinya amat berminat untuk ke England. Bekas pengurus Chelsea itu turut menyatakan hasratnya untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas pernah mengendalikan Chelsea yang berakhir pada 2007.

Sebelum itu, Mourinho turut menyatakan kepada media yang dia gembira berada di Real Madrid sekarang, namun selepas khidmatnya bersama kelab La Liga itu berakhir, beliau berhasrat ke England pula.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang bekerja di sini (Real Madrid) namun minat saya adalah di England dan langkah saya selepas ini adalah untuk kembali ke sana dan jika menjadi kenyataan akan meluangkan masa lebih lama,” kata Mourinho kepada media.

Pengendali berasal dari Portugal itu sempat berseloroh mahukan kelab yang hebat dan bagus di England nanti.

“Berikan saya kelab yang bagus dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya sambil ketawa.

--WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.