Header Ads

NFC: Shahrizat liabiliti Umno – Wanita Umno

WarkahDaily – Sebab takut kehilangan jawatan dan kedudukan, kini wujud protes senyap dalam wanita Umno terhadap ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkaitan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mempunyai kaitan dengan ahli keluarganya yang telah terbongkar baru-baru ini.

Walaupun kelihatan ramai yang memberi tepukan menyambut ucapan penutup persidangan agung tahunan Wanita Umno oleh Shahrizat, namun ia tidak berkekalan apabila ada segelintir perwakilan yang mula mewujudkan sentimen protes secara diam berkaitan kontroversi penternakan lembu itu.

Menurut The Malaysian Insider, selepas persidangan wanita, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi ‘liabiliti’ kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.

Namun kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkaitan NFC sehingga mereka menyokong shahrizat secara membuta-tuli, dakwa perwakilan dari Perak itu.

“Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak.

Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.

“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.

Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.

“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lagi.

“Ada yang terlalu risau,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.