Header Ads

Nik Aziz kesal fitnah larang ambil wang RM500

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap sepanduk yang mendakwa beliau melarang rakyat negeri ini mengambil wang RM500.

Katanya, sejak awal lagi beliau telah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat d negeri itu mengambil wang berkenaan.

"Saya dah cakap sebelum ni kan, ambillah wang RM100 ke RM500 ke RM1,000 ke, sebabnya tu duit kerajaan. Mereka berhak mengambilnya.

"Kain rentang tu dibuat oleh mereka yang kecewa dan tak ada modal untuk menyerang orang lain,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat hakisan pantai di Pantai Irama, Bachok.

Hadir sama dalam lawatan itu anggota-anggota exco kerajaan negeri Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Che Lah Md Nawi, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan lain lain pimpinan negeri.

Beliau mengulas spanduk yang dipasang di negeri itu kononnya beliau melarang rakyat negeri ini mengambil wang itu kerana ianya haram.

Di Terengganu juga timbul isu yang sama di mana tersebar berita kononnya wang itu haram diambil rakyat kerana ianya wang rasuah.

Namun seorang penceramah bebas berkata, ia haram kalau wang itu bertujuan rasuah agar mengundi BN tetapi kalau ia diambil dan tidak undi BN tidak ada masalah.

Pusat perlu bantu

Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam kunjungannya melihat hakisan pantai itu berharap Kerajaan Pusat berusaha menyelesaikan masaalah hakisan ombak kerana ianya boleh mengancam keselamatan penduduk.

"Pada masa yang sama kerajaan negeri melalui JPS juga akan membantu menyelesaikan masaalah ini,"ujarnya.

Sumber: Harakahdaily.net
Dikuasakan oleh Blogger.