Header Ads

Oi Zahid! rakyat Selangor lebih selesa bersama PR berbanding terseksa bersama Umno

WarkahDaily - Rakyat Selangor berasa bertuah dan bernasib baik kerana berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

Kepedihan dan penyeksaan hidup 50 tahun lebih ketika Umno-BN memerintah sungguh memeritkan dengan pelbagai tekanan hidup.

50 tahun Umno-BN memerintah, rakyat tak pernah nak merasa diambil perhatian kerajaan seperti sekarang.

Tunggu sampai kucing bertanduk la kalau nak hidup senang bersama Umno-BN yang hidup mereka hanya suka mencekik darah rakyat.

Dipetik dari Harakahdaily.net, kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan.

“Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat Selangor tidak pernah bermimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2,500, guru Kafa mendapat elaun RM1,500, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) RM100, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5,000 bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan berjaya melunaskan hutang negeri RM173 juta daripada RM800 juta.

Beliau berkata, sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno.

Ini, katanya kerana impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian.

“Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya,” ujarnya lagi

Tambahnya, perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah ‘khurafat’ yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat.

“Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya.
Dikuasakan oleh Blogger.