Header Ads

PAS kutuk serangan ke atas gereja dan masyarakat Kristian di Nigeria


26 orang terbunuh dalam pengeboman Gereja St Theresa, berhampiran Abuja di Nigeria. | foto Reuters

PAS kelmarin mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas penganut Kristian dan gereja di Nigeria sempena perayaan Krismas di negara itu baru-baru ini.

Dipetik Harakah Daily, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS mengutuk tindakan terbabit malah pihaknya menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang turut mengutuk serangan itu.

“PAS bersama masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap penganut dan gereja Kristian terbabit.

“Malah, kita juga menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang mengutuk serangan tersebut,” katanya.

Setiausaha Agung Majlis Islam Britain, Murad Farooq, dalam kenyataannya sebelum ini berkata bahawa orang Islam yang beriman tidak boleh membiarkan serangan ke atas tempat-tempat ibadat penganut agama lain termasuk Kristian apatah lagi serangan itu berlaku pada perayaan yang paling penting bagi mereka.

“Ia menyakitkan hati dan umat Islam mengutuk keras tindakan itu yang telah mengancam hubungan antara orang Islam dan Kristian, yang telah damai di masa lalu.

Pada pagi Krismas lalu, gereja St Teresa dan Evangelical diserang sekumpulan individu yang menamakan diri mereka “Boko Haram”.

Sekurang-kurangnya 15 orang menjadi mangsa dalam serangan terbaru itu.
Dikuasakan oleh Blogger.