Header Ads

Pendatang Yahudi bertindak ganas bakar masjid


Dua warga Palestin memerhati tayar yang terbakar di dalam sebuah masjid di Qusra, berhampiran Nablus.


NABLUS: Pendatang Yahudi sekali lagi bertindak ganas terhadap penduduk Palestin dengan membakar sebuah masjid dan dua kenderaan di Tebing Barat.

Penduduk tempatan berkata, keganasan terbaru itu berlaku di Kampung Brouqeen di selatan bandar Nablus, kelmarin.

Mereka berkata, penduduk kampung terkejut mendengar letupan kuat pada awal pagi.
Sebuah kereta dan sebuah traktor musnah dalam serangan itu selepas penyerang Yahudi melontar tayar yang mereka bakar ke dalam pintu masuk masjid.

“Mereka sebelum itu cuba untuk memecah masuk ke dalam masjid dan membakarnya tetapi gagal berbuat demikian. “Mereka kemudian bertindak membakar pintu masuknya, menyebabkan pintu dan tangga masjid terbakar,” kata penduduk yang bekerjasama memadamkan kebakaran itu sebelum ia merebak.

Pendatang Yahudi menjadi suspek utama di sebalik keganasan ‘tanda harga’ terhadap masjid di wilayah Palestin.

Menerusi dasar ‘tanda harga’, pendatang Yahudi melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka, sebagai tindak balas terhadap operasi Tel Aviv terhadap pembinaan penempatan haram Yahudi. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.