Header Ads

Pendedahan terbaru Wikileaks: Kerajaan guna alat pengesan intip rakyat

LONDON: Pengasas laman pembocor maklumat, WikiLeaks, Julian Assange, kelmarin membuat pendedahan baru dengan menerbitkan dokumen yang mendakwa ada kerajaan menggunakan alat pengesan untuk mengintip rakyat mereka.

Pendedahan terbaru WikiLeaks itu turut memaparkan aktiviti kira-kira 160 sya­rikat di 25 negara yang membangunkan sistem teknologi bagi membolehkan kerajaan mengesan dan memantau pergerakan individu melalui telefon pintar, kiriman emel serta sejarah semakan penggunaan Internet penduduk mereka.

“Kami sudah mengeluarkan lebih 287 fail mendedahkan realiti industri pengawasan besar-besaran antarabangsa yang bertujuan untuk memintas pergerakan populasi di seluruh dunia, “ menurut Assange.

Bekas jurucakap WikiLeaks, Jacob Appelbaum mendedahkan syarikat di Barat telah menjual sistem pengesan itu kepada beberapa negara seperti Syria, Libya, Tunisia dan Mesir.

“Pada mulanya, alat ini dibekalkan kepada Agensi Perisikan di Amerika Syarikat dan Britain tetapi kini ia sudah berkembang ke seluruh dunia,” katanya.

WarkahDaily - Macamana dengan Malaysia, kerajaan ada guna jugak ke?
Dikuasakan oleh Blogger.