Header Ads

Perkauman: Suarez digantung lapan perlawanan, denda RM237 ribu


Luis Suarez (kanan) dijatuhi hukuman gantung lapan perlawanan oleh FA Inggeris. | foto AFP

Penyerang Liverpool, Luis Suarez dijatuhi hukuman gantung lapan perlawanan selepas didapati bersalah mengucapkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain Manchester United, Patrice Evra.

Keputusan dibuat oleh badan disiplin FA Inggeris selepas sebulan penyiasatan dijalankan dan terdapat bukti yang mengatakan Suarez melakukan perbuatan tersebut terhadap Evra sewaktu perlawanan di antara Liverpool menentang United di Anfield, 15 Oktober lalu.

Suarez menyatakan kesedihannya melalui laman Twitter.

"Ianya amat menyakitkan saya dan juga keluarga. Terima kasih untuk sokongan anda. Saya akan terus bekerja keras," ujar Suarez.

Selain daripada digantung lapan perlawanan, Suarez juga didenda GBP40,000 (RM237,000).

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.