Header Ads

Piala Liga: City, Liverpool dan Cardiff mara ke separuh akhir


Pemain Liverpool, Maxi (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya dalam perlawanan Piala Liga awal pagi tadi di Stamford Bridge. | foto AFP
Manchester City mengatasi Arsenal manakala Liverpool menewaskan Chelsea untuk masing-masing mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga.

Pendahulu liga, Manchester City meraih kemenangan pertama di Arsenal sejak 36 tahun yang lalu menerusi gol pada minit ke-84 oleh penyerang Argentina, Sergio Aguero untuk catat kemenangan 1-0.

Maxi Rodriguez dan Martin Kelly masing-masing menjaringkan satu gol untuk Liverpool menewaskan pasukan mewah, Chelsea 2-0.

Ini adalah kemenangan kedua Liverpool di Stamford Bridge dalam tempoh 10 hari.

Dalam pada itu, Blackburn dikejutkan kelab divisyen dua, Cardiff City dengan kemenangan 2-0 untuk membolehkan Cardiff ke separuh akhir pertama kali sejak 1966.
Dikuasakan oleh Blogger.