Header Ads

Remaja mati akibat banyak onani

WarkahDaily - Seorang remaja lelaki dari Rubiato, Goias, Brazil ditemui mati kerana dipercayai terlalu kerap melakukan onani.

Remaja berumur 16 tahun itu didakwa telah melakukan perbuatan onani lebih 40 kali sepanjang malam dan ditemui mati oleh ibunya pada keesokan pagi.

Sebelum kejadian, ibunya telah mengetahui anaknya mengalami masalah ketagihan seks dan merancang untuk membawa anaknya mendapatkan rawatan bagi mengubati ketagihan seks melampau itu tetapi amat malang kerana ianya sudah terlambat.

Seorang teman sekelas remaja berkenaan yang tidak mahu dikenali berkata, rakannya itu ketagih seks dan amat tertarik dan terpesona dengan wanita dalam pelbagai bentuk badan tanpa mengira umur.

Menurutnya lagi, remaja itu turut gemar meminta temannya menonton dirinya sedang onani melalui webcam.

Siasatan mendapati bilik remaja itu dipenuhi majalah-majalah lucah, gambar-gambar porno dan filem berunsur seks ditemui dalam komputernya.
Dikuasakan oleh Blogger.