Header Ads

Salinan komik edisi pertama Superman dijual dengan harga RM10 juta

LONDON: Salinan isu pertama Action Comics yang memperkenalkan watak adiwira, Superman kepada dunia pada 1938 dijual semasa sesi lelongan secara dalam talian de­ngan harga AS$2.16 juta (RM10 juta).

Laman lelongan berpusat di Amerika Syarikat (AS), ComicConnect menyatakan ia adalah antara komik yang mempunyai nilai sejarah kerana keadaannya masih baik walaupun berusia lebih setengah abad.

Rekod ComicConnect menunjukkan jualan untuk sesi lelongan versi komik yang sama pada tahun lalu, tetapi mempunyai kualiti lebih rendah mencatat harga AS$1.5 juta (RM5 juta).

Difahamkan, terdapat kira-kira 100 salinan Actions Comics No. 1 diterbitkan pada masa itu dan dijual pada harga jauh lebih rendah iaitu AS$0.10 sen (0.30 sen).
Dikuasakan oleh Blogger.