Header Ads

Shahidan Kassim ‘atur’ nama calon MB

ADUN Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim menyebut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat sebagai calon bakal Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada Rabu lepas.


Shahidan Kassim
Kelmarin, beliau menyebut pula satu lagi nama yang juga dikatakan layak untuk menjawat jawatan tertinggi Kerajaan Negeri itu.

Menurutnya, pegawai kanan kerajaan itu ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

"Mereka berdua layak untuk menjadi Menteri Besar Perlis kerana rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan mempunyai kelayakan," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 pada sidang Dun kelmarin.

Ketika itu, Speaker, Datuk Yazid Mat mencelah dan bertanya Shahidan akan bertanding kerusi apa pada PRU13 sama ada Dun atau parlimen

Shahidan tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya bertanya kembali kepada Yazid kerusi yang sesuai untuk ditandinginya.

"Datuk Speaker rasa saya sesuai di mana," kataya.

Yazid menghela seketika dan kemudian berkata, "kedua-duanya".

Shahidan kemudian bertanya sama ada Speaker mahu jawatan Menteri Besar atau Speaker selepas PRU13.

"Saya tidak minat dengan jawatan Menteri Besar. Tetapi kalau jawatan Speaker ok lah kot," kata Yazid.

Shahidan kemudian mengusik Yazid dengan berkata perkara itu akan dipertimbangkan, yang kemudian terdengar qgelak ketawa dalam kalangan hadirin dalam dewan.

Adun itu berkata semua wakil rakyat layak untuk menjadi Menteri Besar sambil menyebut nama beberapa Exco yang berada di hadapannya.

Sumber: Sinarharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.