Header Ads

Shanghai Shenhua sahkan Anelka tandatangan kontrak dua tahun


Shanghai Shenhua telah mencapai persetujuan dengan Nicolas Anelka untuk menandatangani kontrak dua tahun. | foto AFP

SHANGHAI, (WarkahDaily) -- Chelsea dilaporkan telah bersetuju dengan Shanghai Shenhua untuk menjual Nicolas Anelka atau nama sebenarnya Abdul Salam Bilal dalam perpindahan Januari ini.

Kelab Liga Super China itu dilaporkan pagi kelmarin, Anelka akan menandatangani kontrak selama dua tahun selepas mendapat persetujuan bersama dengan The Blues pada bulan depan. Chelsea mengesahkan mereka telah bersetuju dengan perjanjian pemindahan tetap penyerang Perancis itu apabila tempoh perpindahan dibuka.

Bekas pemain Arsenal dan Real Madrid itu dilaporkan akan menerima gaji £ 175, 000 (RM863, 705) seminggu dan telah pun dialu-alukan oleh bakal rakan sepasukan barunya dalam Twitter, “Ia adalah mustahil tidak teruja dengan sambutan hangat kepada rakan sepasukan baru”.

Anelka kini dalam tahun akhir kontrak The Blues dan kontrak selama tiga tahun dengan kelab itu tidak akan dilanjutkan. Dia dan Alex, rakan sepasukan telah dipinggirkan dari skuad utama Villas-Boas selepas dilaporkan permintaan pemindahan.

Anelka dilaporkan berhubungan dengan kelab Shenhua melalui rakannya dari Perancis, Jean Tigana bagi mengenal pasti penyertaan di Liga Super China itu.

Perpindahan penyerang kebangsaan Perancis yang turut pernah menyertai Manchester City itu dilaporkan terbesar dalam sejarah China. Beliau mungkin tidak berseorangan untuk tempoh yang lama jika Shenhua atau kelab pesaing, Dalian Aerbin berjaya dalam usaha mendapatkan rakan sepasukan dari Chelsea, Didier Drogba.

Shanghai, yang menduduki tangga ke-11 dalam liga musim lalu, juga telah dikaitkan dengan Didier Drogba, rakan sepasukan Anelka di Liga Perdana Inggeris.

Beberapa kelab Liga Super China dilaporkan telah berusaha mendapatkan penyerang antarabangsa Ivory Coast, Drogba. Bulan lepas, Drogba dilaporkan tidak melanjutkan kontrak dengan Chelsea dan perjanjian pemain berusia 33 tahun dengan kelab London itu akan tamat pada akhir musim ini.

Drogba yang masih belum bersetuju dengan perjanjian baru bersama The Blues itu telah ditawarkan kontrak selama tiga tahun bernilai lebih daripada £ 200.000 (RM987, 092) seminggu oleh kelab Aerbin.

Kelab Aerbin merupakan kelab baru yang ditubuhkan pada tahun 2009, namun telah dinaikkan pangkat ke Liga Super China.

Pengurus am kelab, Li Ming memberitahu media China minggu lepas, Drogba merupakan bintang bola sepak hebat dan tidak berdepan masalah untuk mendapatkannya.

“Wang bukan masalah, Drogba masih bintang bola sepak paling popular di dunia, walaupun dia akan menjadi 34 tahun.

“Kita telah bercakap banyak dengan ejen Drogba dan berjanji untuk memberikannya kontrak selama tiga tahun,” kata Li Ming.

Bagi pengurus kelab Shanghai, Zhou Jun menambah, Drogba adalah pemain yang sangat baik.

“Kami dapat berhubung dengan beliau dua minggu lepas.

“Jika dia sanggup datang, kita pasti akan mengalu-alukan dia,” kata Zhou jun.

-- WARKAHDAILY
Dikuasakan oleh Blogger.