Header Ads

Skandal NFC: Kenapa hanya Shahrizat, Muhyiddin bagaimana?

WarkahDaily – Kenapa hanya shahrizat yang harus meletak jawatan, bagaimana pula menteri yang terlibat meluluskan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tu.

Sepatutnya menteri pertanian ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (sekarang Timbalan Perdana Menteri) juga harus bertanggungjawab selain Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Projek NFC yang diluluskan ketika tahun 2007, seharusnya Muhyiddin yang menjadi menteri pertanian yang meluluskan projek berkenaan harus memberi penjelasan berkaitan pemberian dana RM250 juta kepada keluarga Shahrizat untuk mengurus projek berkenaan.

Yang peliknya, ada beberapa pemimpin Umno hanya mahu menyalahkan shahrizat berseorangan tanpa mengira, siapakah yang telibat sama (meluluskan) projek berkenaan yang sepatutnya turut didesak meletak jawatan.

Dipetik dari Harakahdaily, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengulangi kenyataan beberapa pemimpin parti itu bahawa Muhyiddin (kanan) juga harus bertanggungjawab dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, tidak adil jika hanya Shahrizat sahaja digesa meletakkan jawatan tetapi Muhyiddin terus terlepas tanpa sebarang siasatan.

Pengerusi Eksekutif NFC ialah suami Shahrizat sendiri, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.

“PAS bersependapat kerana itu adalah isu penyalahguanaan dana rakyat dan merupakan isu nasional.

“Daripada proses awal memberi dana itu pun sudah tak betul dan kita patut berhentikan amalan kronisme.

“Sepatutnya media pergi juga tanya suami dia, pergi tanya Muhyidin, tanya kepada kerajaan. Kenapa projek ini diluluskan,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pendirian DMPP dalam isu NFC yang mula timbul selepas dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Oktober lalu.

Sejak kes itu timbul, hanya Shahrizat dan keluarganya yang ‘diserang’ sedangkan Muhyiddin dan beberapa pimpinan Umno BN yang turut terlibat terlepas.

Bagaimanapun Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, amat pelik jika Shahrizat sebagai seorang isteri tidak tahu menahu mengenai projek yang diuruskan suaminya sendiri.

“Saya tak bersetujulah kalau dia (Shahrizat) kata dia tak tahu. Suami mana yang tak cerita kepada isteri yang syarikat dia dapat RM250 juta,” katanya berseloroh.

Beliau berkata, DMPP tetap menentang Sharizat atas dasar prinsip.

“Walaupun kita hormat dia tapi kita bangkang atas dasar prinsip.

“Kalau orang Pakatan dapat projek begitu, saya pun akan bangkang kalau saya tahu,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.