Header Ads

SPR: Dakwat kekal ‘silver nitrate’ untuk PRU-13, berbeza dari yang pernah disyorkan

Dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz berkata dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.

Beliau berkata dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Dis untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum, katanya.

“Oleh kerana ia berlainan sumber (daripada yang sepatutnya digunakan pada 2008), maka perlu melalui proses semula seperti dulu. Ia bukan dakwat yang sama.

“Dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit dijari (di kuku) ia akan diserap dalam kuku kulit. Lagi tinggi peratus silver nitrate, lagi lama ia kekal di jari,” kataya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sumber: Bernama.com
Dikuasakan oleh Blogger.