SPRM serbu pejabat NFC dapatkan dokumen berkaitan skandal Fidlot

Pegawai SPRM dari Putrajaya dilihat memasuki pejabat NFC di Solaris Mont Kiara kira-kira jam 3 petang dan keluar kira-kira dua jam selepas itu,
Pegawai SPRM, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada kakitangan NFC.
“Antara yang diambil termasuk empat dokumen dan sebuah perisian komputer di bawa keluar bagi siasatan oleh pihak SPRM berhubung skandal tersebut.”

Projek NFC yang diusahakan suami Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan
Ketua Audit Negara 2010.
NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.
Sumber: Sinarharian.com.my
Post a Comment