Header Ads

SSM tamatkan 1.8 juta perniagaan: ETP dah canang pun banyak lagi kena gulung tikar?

WarkahDaily -- Macamana boleh terjadi camni. Banyak betul syarikat tempatan gulung tikar. Bukan ke kerajaan Umno-BN melalui Perdana Menterinya telah menggembar-gembur pasal 'Transformasi Ekonomi', konon memberi faedah kepada rakyat untuk perbaiki taraf ekonomi mereka.

Apakah program yang dicanang tu kurang berjaya atau hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat faedah darinya?

Portal Bernama.com telah melaporkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan lebih 1.8 juta perniagaan ditamatkan setakat ini.

Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), daripada jumlah itu, 10,747 perniagaan ditamatkan pada tarikh akhir tempoh lesen, manakala bakinya sebelum berakhir tempoh lesen itu.

SSM juga merekodkan 7,982 syarikat dibubarkan dalam tempoh berkenaan dan daripada jumlah itu 7,971 adalah syarikat tempatan dan selebihnya syarikat asing.

Dalam tempoh yang sama juga lebih 4.38 juta perniagaan didaftarkan semula pada tarikh akhir tempoh lesen dan sebanyak 23,619 perniagaan didaftarkan semula sebelum berakhir tempoh lesen itu.

Sebanyak 930,502 syarikat didaftarkan semula pada tarikh akhir tempoh lesen dan sebanyak 3,457 syarikat didaftarkan semula sebelum berakhir tempoh lesen itu.
Dikuasakan oleh Blogger.