Header Ads

Syahdunya 'KALIMAT CINTA' dalam Perhimpunan Agung UMNO

Oleh: tokpepijat

Setiap Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa Presiden akan memuji Timbalannya sebagai "setia". Manakala Timbalan Presiden akan membalasnya dengan memuji memuja Presiden.
Apakah makna itu?

Mari kita melihat sejarah "setia" dalam UMNO terutama sejak zaman Mahathir. Dikala seluruh negara riuh rendah dengan gelaran 2M iaitu Mahathir dan Musa yang menunjukkan betapa erat dan mesranya Mahathir -Musa.

Mahathir memuji Musa sebagai Timbalan yang setia dan Musa membalas pujian itu dengan senyum-senyum kambing. Dalam hati keduanya dengan cebik berbisik, "Gua talak percaya sama lu". Musa letak jawatan.

Masuk giliran Ghafar Baba jadi Timbalan. Seluruh negara riuh rendah memuji erat dan mesranya Mahathir-Ghafar. Dalam Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa ucapan "setia" diulang-ulang". Ghafar senyum, Mahathir juga senyum. Tapi dalam hati, "Gua talak percaya sama lu". Mahathir seruh Anwar lawan Ghafar. Ghafar kalah.

Giliran Anwar pula jadi Timbalan. Anwar anggap Mahathir bapa angkatnya dan Mahathir angkat Anwar jadi anak emasnya.

"Kalimat cinta" diucapkan lagi bahkan beribu kali, kata Mahathir, "Anwar setia pada saya" dan balas Anwar,"Mahathir percaya pada saya". Tapi dalam hati masing-masing, "Gua talak percaya sama lu"

Bagai berpesta ahli UMNO mendengar "kalimat-kalimat cinta" itu. Mereka lupa kisah sedih Musa dan Ghafar.

Esok lusa, Mahathir tendang Anwar. Abdullah Badwi dilantik Mahathir jadi Timbalannya. Pak Lah selamat hingga boleh jadi PM.

Malangnya akibat batalkan projek Jambatan Bengkok dan pengaruh Budak Tingkat 4, Pak Lah dicemuh dan dicebik oleh Mahathir. Bezanya, Mahathir tidak mampu tendang Pak Lah kerana dia sudah bersara.

Apabila maki hamunnya tidak dipedulikan oleh Pak Lah, Mahathir merajuk. Keluar UMNO. Semasa keluar UMNO Mahathir atur percaturan bersama Muhyiddin untuk usir Pak Lah dari Sri Perdana. Usahanya berjaya.

Naik Najib jadi PM dan Muhyiddin jadi Timbalan. Mahathir nampak jika Najib pegang jawatan PM terlalu lama, maka Mukhriz akan lambat menjadi PM. Jadinya, dia gunakan Muhyiddin sekali lagi untuk menghalau Najib dari Sri Perdana seperti Pak Lah dulu.

Najib dapat membaca cara permainan Mahathir. Siapa kata Najib "kurang cerdik" ? Bukankah Najib ada Razak Baginda yang hebat dalam strategi peperangan ?

Jika patukan ular boleh diubati dengan bisa ular sendiri, begitulah cara Najib menangani permainanan Mahathir. Bisa Mahathir hanya boleh ditawarkan dengan meniru caran Mahathir itu sendiri.

Najib mulakannya dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO. Iaitu memuji Muhyiddin sebagai Timbalan Paling Setia. Mengulangi taktik Mahathir ke atas Musa, Ghafar dan Anwar.

Muhyiddin juga tahu nasibnya bakal menjelma seperti Musa, Ghafar dan Anwar. Tapi dia agak gelojoh. Cepat-cepat dia menjawab pujian Najib, "Saya Timbalan Paling Setia". Ini kalimat cinta yang pernah memusnahkan Musa, Ghafar dan Anwar!

Sepatutnya Muhyiddin diam dan senyap sahaja supaya tidak terkena sumpahan kalimat cinta itu! Beliau boleh sekadar jawab dalam hati, " Gua talak caya sama lu".

Sumber: Tranungkite.net
Dikuasakan oleh Blogger.