Header Ads

Tottenham Hotspur dikejutkan Stoke City


Pemain tengah Stoke City, Matthew Etherington (dua dari kiri) menjaringkan gol keduanya ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Stoke City dan Tottenham Hotspur di Britannia Stadium. | foto AFP
Tottenham Hotspur gagal mempertahankan rekod 11 perlawanan tanpa kalahnya selepas dikejutkan Stoke City 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi.

Spurs yang berada ditangga ketiga, gagal menggunakan peluang itu untuk merapatkan jurang dengan Manchester United yang berbeza lima mata. Sebaliknya, Stoke mara dua anak tangga untuk berada ditanga ke lapan.

Dalam aksi yang berlangsung di Britannia Stadium itu menyaksikan bekas pemain Spurs, Matthew Etherington muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol Stoke pada separuh masa pertama.

Spurs hanya meraih gol pada minit ke 62 menerusi sepakan penalti oleh Emmanuel Adebayor dan skuad Harry Redknapp dilihat semakin sukar selepas Younes Kaboul dilayangkan kad merah dalam penghujung permainan.

Spurs kekal tujuh mata dibelakang Manchester City dan bakal berkunjung ke Chelsea pada Isnin.

Dalam perlawanan lain turut menyaksikan Sunderland menewaskan Balckburn 2-1 Stadium of Light. Sebastian Larsson menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan untuk mengeluarkan Sunderland daripada zon penyingkiran. Ia adalah kemenangan ketiga Sunderland dalam musim ini.

Sumber: Arena.my
Dikuasakan oleh Blogger.