Header Ads

TV Iran siar rakaman pesawat pengintip Amerika ditembak jatuh

WarkahDaily – Stesen televisyen Iran telah menyiarkan bukti pesawat pengintip Amerika Syarikat yang ditembak jatuh di bahagian timur Iran minggu lalu.

Menurut sumber tentera Iran, jet pengintip tanpa juruterbang itu ditembak selepas didapati mencero-bohi ruang udara Iran di sempadan Afghanistan.

Rakaman itu menunjukkan pesawat yang ditembak menyerupai RQ-170 Sentinel.

Komander Pengawal Revolusi Ali Hajizadeh berkata, mereka ditunjuk pesawat berkenaan yang mengalami kerosakan minimum pada 4 Disember di timur negara.

Kementerian Luar Iran telah memanggil duta Switzerland yang mewakili kepentingan Amerika Syarikat di negara itu, mengutuk apa yang telah digambarkan sebagai pelanggaran ruang udara oleh AS.

Bagaimana pun, pihak tentera AS mendakwa pesawat berkenaan terhempas selepas mengalami kerosakan dan menafikan pesawat itu ditembak jatuh.

Misi yang diketuai NATO di negara jiran Afghanistan berkata, ia mungkin telah salah satu pesawat pengintip yang tidak bersenjata AS yang hilang baru-baru ini.

Iran turut mendakwa telah menembak jatuh dua pesawat pengintip tanpa pemandu di Teluk Barat pada bulan Januari lepas.

Pada bulan Julai, pihak berkuasa Iran berkata, mereka telah menembak jatuh pesawat pengintip tanpa pemandu AS berhampiran tapak nuklear Fordu.
Dikuasakan oleh Blogger.