Header Ads

Umno dan rasuah: Bekas MB Perlis terima suapan dari syarikat Perancis

WarkahDaily - Rasuah dah jadi sebahagian amalan para pemimpin Umno-BN. Dengan kata lain, rasuah dah jadi budaya dalam Umno. Itulah sebabnya mereka bimbang kuasa mereka hilang dan cuba memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR) konon negara akan 'gerhana' jika PR menguasai Putrajaya.

Padahal pemimpin Umno begitu takut dengan gelombang rakyat yang semakin menerima perjuangan PR yang banyak membela rakyat. Dalam masa yang sama, pemimpin Umno merasakan peluang mereka untuk jadi kaya hasil penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi tipis dan langsung tidak berpeluang lagi 'enjoy' kat luar negara bersama anak bini.

Dipetik dari The Malaysian Insider, ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.

Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.

Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.

Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.

Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,

Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.