Header Ads

Umno takut gugur Shahrizat

WarkahDaily – Walaupun didesak oleh banyak pihak dalam Umno termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed [Baca sini], namun sehingga kini Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak belum lagi berani membuat keputusan sama ada menggugurkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atau pun tidak.

Bagi penulis WarkahDaily (WD), sudah tentu pemimpin tertinggi Umno menjadi pengecut selepas ‘digertak’ oleh Shahrizat yang mendedahkan ramai pemimpin Umno terlibat dengan skandal penyalah gunaan kuasa dan rasuah. [Baca artikel berkaitan di sini]

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya media turut menyatakan kabinet belum memutuskan sama ada Shahrizat harus meninggalkan kabinet berikutan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Muhyiddin hanya menggelengkan kepala dan berkata, “Tidak, tidak,” bila ditanya sama ada kabinet sudah memutuskan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu harus kekal dikabinet atau tidak.

Ketua Wanita Umno itu menghadapi desakan supaya meninggalkan kerajaan dan meletak jawatan termasuk desakan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas dikaitkan dengan penggunaan dana kerajaan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek NFC berkenaan yang dianggarkan bernilai RM27 juta.

Pengerusi NFC, yang juga merupakan suami kepada Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail turut menafikan dakwaan seorang ahli perniagaan, yang ditahan atas kesalahan cubaan merasuah sejumlah RM1.7 juta kepada pegawai penyiasat jabatan siasatan jenayah komersial, mempunyai kaitan dengan dirinya.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat NFC di Solaris Mont Kiara atas dakwaan penyelewengan wang oleh pentadbirannya.

Isu berkaitan skandal NFC ini menarik minat Pakatan Rakyat terutamanya PKR, dan parti berkenaan kerap membuat pendedahan berterusan terhadap penyelewengan yang berlaku.
Dikuasakan oleh Blogger.