Header Ads

Usaha kerajaan Kelantan wujud peluang kerja bagi anak muda berbakat dan kreatif

Oleh: Asrol Affandi

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Kelantan dalam menganjur Karnival Kerjaya & Keusahawanan Kreatif Kelantan pada 20-21 Desember ini bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Program ini membuka peluang kepada rakyat Kelantan khususnya anak muda yang berbakat dan kreatif untuk menyalurkan daya inovasi dan kreativiti mereka.

DPPNK yakin, dengan penyertaan banyak pihak seperti Universiti Lim Kok Wing, Zentrum Future Studies, Zuldesign Autotronics, PROFIMA dan pelbagai lagi pihak dapat menyuburkan lagi industri kreatif di Kelantan seterusnya memesatkan perkembangan ekonomi negeri.

DPPNK yakin sasaran pihak penganjur bahawa kepesatan industri kreatif ini berupaya menyediakan 100,000 pekerjaan dalam 5 tahun akan datang adalah realistik dan boleh dicapai. Ini sekaligus dapat menjawab tohmahan pihak pihak tertentu khususnya Barisan Nasional selaku pembangkang di Kelantan bahawa Kerajaan Negeri tidak bersungguh sungguh dalam berusaha mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini.

DPPNK mengalu alukan penyertaan seramai mungkin belia khususnya para graduan dan sangat positif bahawa program ini bakal membuka minda serta daya kreativiti pengunjung, seterusnya memberi nilai tambah ke atas keupayaan mereka.

DPPNK menganggap tawaran Kerajaan Negeri untuk membantu sepenuhnya peserta dengan idea kreatif terbaik untuk merealisasikan rekacipta mereka sebagai bukti komitmen Kerajaan kepada industri ini.

-- Via by email
Dikuasakan oleh Blogger.