Header Ads

[VIDEO] 8 Ferrari, 1 Lamborghini dan 2 kereta Mercedes terlibat kemalangan ‘mewah’



TOKYO: Satu konvoi kereta mewah di Jepun berakhir dengan kemalangan paling mahal yang melibatkan lapan buah kereta Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua kereta Mercedes.

Tonton video di bawah posting

Menurut pihak polis, kemalangan yang berlaku di wilayah Yamaguchi, kelmarin itu dipercayai berpunca daripada salah seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan Ferrari berkenaan berpusing di tengah lebuh raya sehingga menyebabkan kereta mewah yang lain turut terlibat sama terlanggar sesama sendiri ketika cuba mengelak daru Ferrari yang terbabas.

Namun pihak polis telah pun mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan parah dilaporkan. Mereka yang terlibat seramai 10 orang hanya dirawat akibat lebam dan luka ringan akibat kemalangan itu.


Dikuasakan oleh Blogger.