Header Ads

[VIDEO] Lampard bantu Chelsea benam Manchester City


Tonggak Chelsea Frank Lampard (kiri) meraikan jaringan gol, hasil sepakan penalti untuk menenewaskan penjaga gol Manchester City, Joe Hart (kanan) dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, pada 12 Disember, 2011. Chelsea menang 2-1. | foto AFP/ Getty Images
LONDON: Jaringan pemain tengah Frank Lampard menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 memberikan kemenangan kepada Chelsea 2-1, sekaligus memadam rekod tanpa kalah Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Tonton sedutan video perlawanan di bawah artikel

Dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain City Joleon Lescott tertampan bola rembatan aniel Sturridge dengan menggunakan tangan.

Kemenangan itu meletakkan Chelsea ditangga ketiga, ketinggalan lima mata dibelakang Manhester United, manakala City masih kekal dipuncak liga dengan berkebihan dua mata.

Andre Villas-Boas pastinya menarik nafas lega dengan keputusan perlawanan tersebut. Pada awal permainan, Chelsea ketinggalan 1-0 apabila Mario Balotelli meletakkan City didepan sebelum Sergio Aguero terlepas peluang keemasan untuk meletakkan kedudukan 2-0.

Chelsea kemudiannya menyamakan kedudukan 11 minit sebelum rehat, selepas volley daripada Raul Meireles yang menyambung hantaran Daniel Sturridge tepat menuju ke gawang City.

Nasib City bertambah malang apabila Gael Clichy dihalau keluar pada minit ke-58, selepas pemain itu menerima kad kuning kedua. -Arena.my

Sedutan video perlawanan

Dikuasakan oleh Blogger.