Header Ads

Yusry dan Lisa Surihani bernikah pada 23 Februari


YUSRY sedang mengumum pernikahannya dengan Lisa Surihani pada sidang akhbar di Hotel Marriott Putrajaya, kelmarin. Turut serta Siti Amira (kiri), Zarina (kanan) dan Abdul Halim. | foto Kosmo!

WarkahDaily - Pengarah filem, Yusry Abd Halim dan aktres Lisa Surihani telah pun mengumumkan pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari 2012 ini.

Ia akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya sementara majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.

Pengumuman pernikahan mereka itu dibuat dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya, kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri kedua ibu bapa dan abang Yusry, Norman manakala di pihak Lisa, ibunya Siti Amira Ahmad turut hadir.

Sebelum itu, Yusry memberitahu yang keluarganya telah pun bertandang ke rumah Lisa sebagai menghantar tanda pada malam kelmarin.

“Semalam (Jumaat-23 Disember), pihak keluarga saya telah berjumpa keluarga Lisa untuk menghantar tanda. Kami tidak bertunang sebaliknya hanya terus bernikah pada 23 Februari 2012.

“Kami memilih tarikh tersebut memandangkan angka 23 adalah angka spesial buat Lisa yang lahir pada 23 Mac jadi biarlah hari tersebut sesuatu yang istimewa buatnya dan juga pada kami,” jelas Yusry.

Yusry dan Lisa turut memberitahu agar perkahwinan mereka tidak dicanang sebagai ‘Wedding of the Year’ kerana mereka berdua mahu hari bahagia mereka berdua berlangsung dengan penuh sederhana.
Dikuasakan oleh Blogger.