Header Ads

Apa nak jadi, sedang sarat mengandung pun masih gian nak berkhalwat lagi

WarkahDaily -- Manusia sekarang semakin hilang pertimbangan. Keruntuhan moral semakin menjadi-jadi. Kesusilaan timur yang dibanggakan sebelum ini dah lapuk dek zaman dikejar kemodenan.

Bagaimana sedikit masa dulu, tidak terbayang di fikiran kita akan kerosakan yang menjelma di bumi bertuah ini. Haruan makan anak, datuk ratah cucu, ibu dibelai anak dan sebagainya. Malu..malu untuk diperkatakan.

Namun ia tidak terhenti di situ sahaja, bagaimana pula seorang wanita yang sedang sarat mengandung ditahan kerana berdua-duaan dengan lelaki yang bukan suaminya. Dah tujuh bulan kandungan, anak dalam kandungan menunggu masa untuk melihat kecantikan ciptaan Allah di bumi ini, tapi ibunya pasrah dengan gelora nafsu yang tidak terkawal merentasi jalan songsang yang sukar digambarkan.

Terfikir penulis WarkahDaily (WD), siapakah bapa anak itu? Apakah anak yang tidak berdosa itu dipunyai seorang bapa yang sah atau lelaki buas yang tidak mengenal erti ikatan sah? Sungguh sadis bumi bertuah ini.

Dipetik dari Sinar Harian, seorang duda dan pasangannya yang sedang sarat mengandung 7 bulan telah ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dekat Ampang dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi kelmarin.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.

“Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.